Search This Blog
Wednesday, 28 September 2022
DALIL BAHWA UPAH HASIL RUQYAH HUKUMNYA HALAL
Keutamaan membaca Ta'awudz 10 kali
Tuesday, 27 September 2022
Dalil Rasulullah SAW pernah meruqyah dengan ayat- ayat yang terkandung di dalam Ayat Hirzi
Sunday, 19 June 2022
Anda punya banyak masalah? ini solusinya! baca ayat ini 7 kali tiap pagi dan petang
Saturday, 18 June 2022
ALAMAT & WAKTU BUKA RAWATAN RUQYAH UST DHOMIRUDDIN
Jadwal & Alamat Pusat Rawatan Ust Dhomiruddin :
Lantai 2, no.1, Jalan 1, Taman Sri Rantau, Telok Kapas, Rantau panjang, 42100 Klang, Selangor
@ Waktu buka rawatan Ruqyah Ust Dhomiruddin:
- Malam : isnin – kamis pukul 9.30 malam – 11 malam.
- Siang : Sabtu pukul 3 petang – 6 petang.
-Cuti ruqyah : jumat, sabtu malam, ahad .
1. Sebelum datang dimohon whatsapp saya dahulu (0107107562) untuk membuat temu janji , sertakan nama,alamat, tanggal atau hari kehadiran.
2. Setelah sampai di tempat ruqyah, pesakit mengambil nombor giliran di bilik pejabat, dan tulis nama pesakit.
3. Satu nombor untuk satu orang atau maksimal sepasang suami istri beserta anaknya.
4. Selepas selesai di ruqyah pesakit pergi ke bilik pejabat untuk mengembalikan nombor dan melakukan pembayaran seikhlasnya niatkan untuk infaq,namun di anjurkan minimal rm50 bagi yang berkemampuan.
5. Infaq rm50 keatas akan mendapatkan resit, simpan resit tersebut sehingga 10 resit,maka dapat di tukar dengan pengobatan gratis 2 orang.
6. 10 resit yang berisi infaq rm200 ke atas dapat di tukar dengan pengobatan gratis 4 orang dan hadiah madu ruqyah seharga rm50, kasturi hitam 3ml 5 botol dan kasturi kijang 3ml 5 botol.
7. Untuk pembelian produk madu ruqyah dan kasturi ruqyah ada di bilik pejabat.
8. Pembelian produk bukan termasuk infaq.
KAEDAH RAWATAN RUQYAH UST DHOMIRUDDIN
Wednesday, 27 April 2022
Dalil Qur'an dan sains tentang air ruqyah
KEBAIKAN MADU DALAM ISLAM. APA KATA SAINS?
Sejak dulu lagi, kita selalu dengar yang madu ada banyak kebaikan, kan? Ia juga dikatakan makanan sunnah yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan fizikal dan mental, malah mampu merawat beberapa penyakit tak kisahlah dalam, mahupun luar badan.
Tapi kalau kita bandingkan dari sudut sains pula, adakah apa yang disebutkan dalam Al-Quran dan sejarah Islam selaras dengan sains? Jawapan pendeknya: ye!
1. Madu ialah penawar bagi manusia menurut Al-Quran
Dalam surah al-Nahl ayat 68 dan 69 ada menyebut tentang kebaikan dan ciri-ciri madu:
Tapi kitab Fath al-Bari dari Ibnu Hajar menyatakan ayat “yang mengandungi penawar bagi manusia” tak semestinya bermakna madu ni sesuai untuk semua jenis orang. Malah sains juga membuktikan bahawa madu tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak bawah satu tahun kerana sistem penghadaman mereka masih belum matang.
Tapi yang menariknya, kebaikan madu sebagai penawar ni bukan saja terhad dari segi pemakanan. Malah, sains telah membuktikan madu ada pelbagai ciri-ciri istimewa yang menjadikannya penawar kepada pelbagai isu.
Berdasarkan kajian ni, antara ciri-ciri istimewa tersebut adalah sifat antioksidan, anti-radang serta antivirus. Hal ni berlaku atas dua sebab:
- Konsentrasi gula yang tinggi dalam madu (nanti kitorang explain lebih lagi)
- Apa yang lebah masukkan dalam madu tu sendiri
Dalam proses membuat madu, lebah akan masukkan beberapa benda, antaranya termasuklah sejenis antibiotik bernama “bee-defensin-1” dan sejenis enzim yang dipanggil “glucose oxidase”. Kedua-duanya memberikan madu sifat antibakteria yang menjadikannya penawar yang hebat, seperti hasil kajian tokoh Islam ni…
2. Ibnu Sina dalam Kitab Qanun fi Tibb: Madu dapat merawat luka & ulser
Ibnu Sina ialah seorang tokoh perubatan Islam yang menghasilkan lebih dari 760 formula dan preskripsi yang menjadi rujukan dalam bidang perubatan di Eropah. Punyalah hebat Ibnu Sina ni sehingga beliau dinobatkan sebagai “Bapa Perubatan Moden“.
Antara kejayaan terbesar Ibnu Sina ialah Kitab Qanun fi Tibb (Kitab Kanun Perubatan). Ia mengandungi 14 jilid dan merupakan satu kitab yang menghimpunkan banyak ilmu perubatan. Ia juga dijadikan sebagai buku teks di Eropah, seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin pada abad ke-17.
Isi kitab ni juga ada menghuraikan tentang penggunaan madu untuk merawat luka dan ulser. Dan korang mungkin terkejut sebab ilmu ni masih digunakan di zaman moden!
Ye, hospital-hospital sekarang masih menggunakan madu yang disucikan (medical grade) untuk merawat jangkitan. Korang mungkin pernah dengar yang madu takkan pernah rosak. Atas sebab yang sama, madu juga boleh digunakan untuk pelbagai jenis rawatan. Tapi, apa kaitan pulak?
Okey, camni. Kandungan air dalam madu adalah sangat rendah, lebih kurang 17% saja. Majoriti kandungan madu pula ialah gula. Ianya istimewa kerana kepekatan ni menjadikannya “supersaturated solution”.
Bakteria dan mikroorganisma pula mempunyai konsentrasi air yang lebih tinggi dalam selnya berbanding madu. Jadi bila madu dan bakteria bertemu, madu mampu menyedut air dari sel bakteria atau kulat tersebut dan menyebabkan mereka mati. Sebab tu la madu takkan rosak, kerana bakteria dan kulat tak boleh hidup bila kena bermadu terkena madu.
Jadi bila madu digunakan atas luka, kepekatan gula serta pH madu yang rendah menghalang pertumbuhan bakteria dan mempercepatkan luka tu sembuh! Malah, ia juga mengurangkan bau busuk dari luka tersebut.
3. Madu sebagai penawar bagi sakit perut menurut hadis
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri:
Merujuk hadis di atas, ia menceritakan bagaimana Rasulullah S.A.W. menawarkan madu sebagai penawar untuk sakit perut. Pada ketika lelaki itu mengadu banyak kali kepada Rasulullah S.A.W. mengenai saudaranya yang sakit perut, berkali-kali juga la baginda menyuruhnya memberikan madu.
Tapi… ada ke kaitan madu dapat merawat sakit perut dalam sains?
Haaaa, sebenarnya ada beberapa kajian yang menyokong keberkesanan madu dalam mengurangkan cirit-birit. Dalam kajian ni, mereka mendapati yang ciri-ciri antibakteria madu mampu menghalang pertumbuhan 3 dari 4 jenis bakteria yang menyebabkan sakit perut. Malah, keberkesanan madu juga lebih kurang sama dengan antibiotik jenis amoxicillin dalam menghalang pertumbuhan bakteria E. Coli.
Ada juga satu kajian lain yang dijalankan atas pesakit-pesakit di ICU. Sebab mereka sakit tenat, mereka terpaksa makan makanan berbentuk cecair yang diberi melalui tiub. Salah satu kesan sampingan yang biasa dialami bila makan guna tiub ni adalah cirit birit, di mana kebiasaannya 18% pesakit akan mengalami masalah ni.
Eksperimen ni nak tengok sama ada madu boleh kurangkan masalah cirit-birit. Jadi, separuh pesakit diberi makanan yang dicampur dengan madu, manakala separuh lagi tak diberi madu. Hasilnya, hanya 6.3% pesakit dari kumpulan yang diberi madu ni mengalami cirit birit, atau cuma satu pertiga je kalau dibandingkan dengan pesakit yang tak makan madu! Malah, mereka yang diberi madu juga secara puratanya keluar ICU 1.8 hari lebih awal.
Tambahan pula, eksperimen ni mendapati yang madu mampu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus, dan pada masa yang sama mengurangkan pertumbuhan bakteria buruk, sekaligus mengurangkan kekerapan cirit-birit diorang.
4. Ibnu Syihab & Ibnu Juraij mengatakan madu dapat menguatkan ingatan
Terdapat dua cendekiawan Islam menyebut tentang khasiat madu, iaitu Ibnu Syihab dan Ibnu Juraij, tapi siapakah mereka? Ibnu Syihab atau nama lain Imam Az-Zuhri ialah seorang ulama hadis merangkap golongan tabi’in (orang yang berguru dengan para Sahabat) manakala Ibnu Juraij sama juga, golongan tabi’in yang berguru dengan para Sahabat selama 26 tahun.
Ibnu Syihab dan Ibnu Juraij pernah menyebut dalam Kitab Tibb an-Nabawi susunan Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah:
“Hendaklah engkau selalu menggunakan madu, kerana sesungguhnya ia bagus untuk mengingat (hafalan); manakala madu yang paling bagus ialah yang paling jernih dan putih; yang paling lunaknya adalah yang paling manis; dan madu yang paling asli adalah yang manis. Madu yang dipungut daripada bukit dan pokok adalah lebih baik daripada yang dipelihara, iaitu berdasarkan habitat lebah.” — (Ibn Al-Qaiyim Al-Jauziyah, 1997).
Tapi kan…ada ke kajian madu untuk ingatan manusia? Siapa kata takde…
Kitorang jumpa beberapa kajian yang menunjukkan potensi madu dalam mengurangkan masalah nyanyuk atau kemerosotan kognitif. Yang paling menarik ialah kajian selama 5 tahun ni yang dijalankan terhadap 2,893 orang warga emas berumur 65 tahun dan ke atas.
Dalam eksperimen ni, diorang nak tengok berapa ramai warga emas yang akan mendapat demensia. Jadi sepanjang 5 tahun tu, separuh peserta diberi sesudu madu setiap hari, dan separuh lagi diberi plasebo. Hasilnya, cuma 95 peserta yang diberi madu mendapat demensia, berbanding dengan 394 peserta yang diberi plasebo! 4 kali ganda bezanya!
Hal ini kerana madu mempunyai sifat antioksidan yang mampu mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan. Bila tekanan oksidatif berlaku, struktur sel-sel otak boleh mengalami kerosakan, lalu menyebabkan masalah ingatan. Jadi kajian-kajian tadi menyimpulkan bahawa kuasa antioksidan madu boleh mencegah kerosakan tu dan meningkatkan prestasi kognitif otak.
Sebenarnya, banyak lagi kebaikan madu yang tak sempat kitorang cover…
Seperti kajian ni yang menunjukkan madu boleh melegakan batuk, atau kajian ni yang menunjukkan madu mampu mengurangkan kolesterol. Malah lebih kita kaji, lebih banyak maklumat saintifik yang menyokong kebaikan madu.
Dan paling best, madu asli juga takkan rosak (omputeh kata tak expired la). Jadi kalau tak sempat habis di bulan puasa ni pun, boleh simpan untuk raya atau Ramadan tahun-tahun depan!
Dalil adanya kesurupan jin
𝙋𝙚𝙢𝙗𝙪𝙠𝙩𝙞𝙖𝙣 𝘼𝙗𝙚𝙧𝙚𝙖𝙠𝙨𝙞 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙪𝙠𝙩𝙞𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙨𝙪𝙧𝙪𝙥𝙖𝙣 ? Part 2 (Ibnu Abdillah Al-Katibiy, 04-12-2024) Ken...
-
Ayat Khirzi (Di baca pagi & petang) سورة الفاتحة بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (1) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ...
-
IKRAR PEMUTUS PERJANJIAN SAKA / JIN KETURUNAN / JIN KHODAM Bismillahirahhmanirahim Ya Allah, jika kami atau keluarga kami yang terdahulu ada...
-
FADHILAH AYAT HIRZI\PENJAGAAN (AYAT-AYAT DI DALAM MANZIL,RUQYAH DAN AL MA’TSUROT ) 1. Menyembuhkan orang yang kesurupan jin ...