Terdapat khilaf ulama dalam masalah ini.
Dr. Abdul Karim Abidat dalam tesis masternya bertajuk ‘Alam al-Jinn Fi Dhau’ al-Kitab Wa al-Sunnah (muka surat 29-42) menyebutkan 4 pandangan ulama tentang hukum melihat jin :
1. Pandangan Jumhur (majoriti ulama) :
Jin dapat dlihat jika mereka tasyakkul (menjelma) dalam bentuk lain, bukan dalam rupa mereka yang asli. Jika mereka menjelma dalam bentuk lain, maka jiin dapat dilihat pada sebahagian waktu oleh sebahagian manusia.
2. Pandangan kedua :
Kemampuan melihat jin hanya khusus bagi para nabi sahaja. Antara yang berpegang kepada pendapat ini adalah Imam al-Syafie, Ibn Hazm, al-Qusyairi.
3. Pandangan ketiga : Mengingkari bolehnya manusia melihat jin secara mutlak, sama ada mereka nabi atau bukan nabi.
4. Pandangan keempat : Mereka menetapkan bolehnya manusia melihat jin dalam rupa aslinya bagi para nabi dan orang-orang yang Allah berikan kelebihan selain daripada nabi. Ini pandangan al-Alusy dan Ibn Arabi.
Setelah mengemukakan empat pandangan di atas, Dr Abdul Karim Abidat memilih pandangan jumhur ulama, iaitu hanya para nabi sahaja yang mampu melihat jin dalam rupa asli. Adapun selain para nabi, mereka dapat melihat jin ketika jin itu menjelma dalam rupa lain. Inilah pandangan kebanyakan ulama yang dikuatkan oleh nas-nas yang tsabit dari sunnah nabawiyah.
(Ust Dzulqarnain Yusuf )
No comments:
Post a Comment