Search This Blog

Thursday, 5 September 2024

Perbedaan antara jin saka dengan jin sihir

PERBEZAAN ANTARA JIN SAKA & JIN SIHIR 

1. Jin saka biasanya datang dari keluarga atau keturunan sendiri.( tapi ada juga punca lain). Sedangkan... jin sihir itu adalah dari kiriman orang lain.

2. Gangguan jin saka sudah bermula sejak sekian lama, malah ada yang sejak bayi atau juga sejak ia masih dalam kandungan lagi. Sedangkan...jin sihir itu adalah jin yang baru atau tiba-tiba datang.

3. Jin saka itu berpindah kepada orang yang paling rapat dan disayangi tuannya, Sedangkan... jin sihir itu ditujukan kepada orang dibenci oleh seseorang.

4. Jin saka biasanya memilih sendiri bakal tuan baru-nya, sedangkan... jin sihir biasanya datang kepada orang yang diperintahkan kepadanya.

5. Jin saka lebih cenderung mengganggu semua orang dalam satu keluarga. Sedangkan...jin sihir lebih cenderung mengganggu seseorang yang telah ditetapkan.

6. Jin saka akan masuk ke dalam tubuh siapa sahaja yang dapat ditembusinya...
Sedangkan...jin sihir lebih cenderung tetap kepada seorang.

7. Jin saka akan berpindah pada  seseorang mungkin atas dasar 'kasih sayang yang mendalam' atau perjanjian. Sedangkan... jin sihir akan datang pada seseorang dengan maksud mahu menyakiti atau membunuh.

8. Pada peringkat awal, gangguan jin saka akan lebih tertumpu kepada gangguan fikiran dan perasaan. Sedangkan... jin sihir akan menimbulkan gejala kerasukan dan kesakitan.

9. Gangguan jin saka kadang-kadang menjadikan seseorang itu mempunyai kelebihan-kelebihan luar biasa seperti nampak jin, menilik, bersilat sendiri, mengurut, mengubat dan sebagainya.  Sedangkan... gangguan jin sihir kerap menjadikan seseorang itu menanggung penyakit yang luarbiasa.

10. Gangguan jin saka kadang-kadang tidak menimbulkan sebarang gejala penyakit, tetapi menimbulkan pelbagai bentuk tekanan pada fikiran dan perasaan...seperti mudah buntu dan bingung, selalu runsing, risau, takut, marah, malu dan sebagainya tanpa sebab yang munasabah...( termasuk pelbagai perangai atau akhlak buruk...) Sedangkan...gangguan jin sihir biasanya menimbulkan pelbagai gejala penyakit fizikal.

11. Kerap gangguan jin saka itu 'mencengkam' seseorang dalam keadaan yang tenang dan orang lain tidak menyedarinya. Sedangkan... jin sihir itu akan datang dalam suatu keadaan di mana seseorang itu rasa diserang.

12. Kadang-kadang jin saka itu tak tahu yang tindakannya itu menyusahkan atau menganiaya tuannya. Sedangkan...jin sihir itu memang bermaksud menganiaya malah mungkin bertujuan membinasakan.

13. Jin saka itu biasanya tetap pada tuan dan keluarganya dengan maksud nak menjaga. Sedangkan...jin sihir itu tetap dengan maksud menganiaya sekeluarga terutama sekiranya kiriman sihir itu bertujuan membalas dendam atau nak menghalau sekeluarga daripada sesuatu tempat.

14. kerap  kali gangguan saka itu bentuknya sangat halus...hinggakan seseorang itu tak percaya ia adanya gangguan jin saka. Sedangkan...gangguan jin sihir biasanya akan memberi kesan yang sangat jelas adanya gangguan makhluk halus.

15. Sebahagian jin saka akan mempertahankan tuannya daripada serangan jin lain...termasuk oleh jin sihir... Sedangkan...jin sihir biasanya akan datang berkumpulan... iaitu  sebahagiannya  tidak ada kena mengena...tapi sahaja nak mengambil kesempatan 'menumpang sekaki'.

16. Jin saka biasanya akan membisikkan seseorang nasihat-nasihat yang baik...(tapi ikhlas tak ikhlas tu lain cerita tau sajalah kalau dah jin...biasanya akan sampai masanya nasihat itu akan jadi hasutan...) Sedangkan...jin sihir biasanya akan membisikkan apa saja yang akan mematahkan semangat seseorang.

17. Jin saka akan mencari tubuh baru dari kalangan ahli keluarga sebagai ganti jika tuannya meninggal dunia. Sedangkan...jin sihir akan pergi sebaik saja ia selesai melaksanakan tugasnya...( itu pun tak semua...)

18. Kebanyakan saka akan menimbulkan masalah seperti menghalang tuannya kahwin, atau menghancurkan rumahtangganya, atau menghalang daripada mendapat anak dan sebagainya. Sedangkan...jin sihir lebih menumpukan kepada penyakit...kecuali ia adalah jin sihir pengasih dan pemisah ianya tidak menimbulkan penyakit.

Dan sebagainya...

Wallahu a'lam 

Monday, 19 August 2024

Inilah yang di maksud dukun yang di larang dalam islam

Baginda SAW bersabda:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

Maksudnya: “Sesiapa yang mendatangi 'arraf (dukun) dan menanyakan kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.”

Riwayat Muslim (5957)

Pada riwayat yang lain, selain Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ

Maksudnya: “Sesiapa mendatangi kahin atau 'arraaf (dukun) dan dia membenarkan ucapannya maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad (al-Qur'an).”

Riwayat Ahmad (9171)

 

Erti 'Arraaf dan Kahin

Ibnu Athir menjelaskan bahawa 'arraaf (peramal) adalah ahli nujum yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib padahal hanya Allah SWT yang mengetahui masalah ghaib (Lihat Al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar , 3/442), Tukang ramal ini termasuk dalam kategori kahin (dukun).

Al-Baghawi pula menerangkan: 'Arraaf adalah orang yang mengaku mengetahui perkara-perkara tertentu dengan cara-cara tertentu yang dipakai sebagai petunjuk akan barang hilang atau tempat hilangnya barang dan misalnya. Sedangkan kahin adalah orang yang menceritakan akan peristiwa-peristiwa yang akan terjadi pada masa akan datang. Dan pendapat lain mengatakan kahin adalah orang yang mengetahui apa yang ada di dalam hati (mengetahui isi hati membaca fikiran)(Lihat Syarh al-Sunnah , 12/182).

Wednesday, 5 June 2024

Herbal untuk mengeluarkan racun sihir (bisa sihir) dari badan

Herbal untuk mengeluarkan racun sihir dari badan :
1. Kelapa muda
2. SERAI muda  3 batang
3. 3 hiris halia / jahe 
4. 1 sudu garam kasar
5. 1 sudu gula
6. 21 biji lada hitam
Barang-barang di atas itu di tumbuk sampe hancur, lalu masukkan di kelapa muda itu, kemudian kepala itu di bakar 30 menit.
Setelah airnya tidak panas Masukkan madu ruqyah ayat hirzi 3 sudu atau lebih ke dalam kelapa itu dan siap di minum. 

Saturday, 18 May 2024

Tanda tanda orang kena pelet(sihir mahabah/sihir pengasih )

Tanda tanda orang kena pelet(sihir mahabah)

1. Mendadak sering melamun, kehilangan konsenterasi dan jantung sering berdebar-debar, lebih jelasnya ada sesuatu yang aneh diluar kebiasaan anda.

2. Timbulnya rasa cinta yang berlebihan terhadap orang yang awalnya anda benci.

3. Merasakan ada tarikan kuat, untuk memikirkan orang tersebut setiap waktu, bahkan cenderung ingin menemuinya,

4. Sering merasa tidak tenang, gelisah dan sulit tidur karena disebabkan oleh hadirnya bayang-bayang seseorang, ketidak laziman ini umumnya terbaca oleh teman dekat dan keluarga, karena anda dalam kondisi yang setengah sadar.

5. Khusus pengaruh ilmu pelet yang black magic, target biasanya mencium aroma wangi pada jam-jam tertentu, misalnya tengah malam, kamar bau bunga melati yang menyengat.

6.Mimpi berhubungan badan sama pelaku

7.Selalu mengikuti perkataan pelaku

8.Terasa di panggil sama pelaku,baik ketika tertidur ataupun lagi melamun

9.Selalu memaafkan si pelaku,ketika pelaku berbuat salah

10.Emosi tidak stabil,sering melihat penampakan dll
 
Kenapa bisa kena pelat

1.Kurangnya beribadah kepada Allah
2.Pernah menghina seseorang
3.Adanya perantara pelet,bisa jadi foto,benda2 yang target pakai, rambut dll.
 
Cara pencegahan nya
1.Ruqyah
2.Tingkat kan ibadah kepada Allah
3.Baca ayat Hirzi tiap pagi dan petang tiupkan air, lalu minum tiap haus. 
4.minum madu ruqyah ayat hirzi tiap pagi dan petang 

Sunday, 3 March 2024

Penyebab orang yang di ruqyah jadi muntah bahkan kesurupan

Tanya : Kenapa orang yang diruqyah selalu muntah dan orang diruqyah kenapa jadi kesurupan?

Jawab : Mual dan muntah adalah salah satu reaksi pasien yang yang terindikasikan adanya gangguan gaib ; jin, sihir ataupun ‘ain dalm tahap sedang dan berat. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِن ابن ‏ ‏آدم ‏‏ مَجْرَىَ الدَّم

“ Sesungguhnya syaitan berjalan di tubuh manusia melalui peredaran darahnya “. (HR. Bukhari)

Syaitan dan jin masuk ke dalam tubuh manusia melalui otot-otot yang berfungsi di seluruh tubuh manusia dan mengalir dengan darah. Syaitan dan jin makhluk yang terdiri dari dzat yang halus dan lebih lembut daripada angin atau udara yang Allah kasih kuasa mampu masuk ke dalam tubuh manusia melalui pori-pori tubuh dan berjalan di aliran darah. Apabila jin-jin ini diperintahkan dukun merusak kesehatan manusia semisal pencernaan makan, perut, dada, dan lainnya, maka jin-jin ini akan menuju bagian-bagian itu melalui otot-otot dalam tubuh, berhenti dan menempel di bagian-bagian tersebut, semisal usus, jantung ataupun lambung. Dan terkadang jin-jin itu membawa racun yang menjadikan cepatnya munculnya rasa sakit dan menjadi suatu penyakit. Maka ketika ayat-ayat al-Quran diperdengarkan dengan niat penyembuhan dan dibantu semangat yang kuat untuk sembuh dari pasien, maka frekuensi-frekuensi suara dari bacaan-bacaan al-Quran tadi akan menjadi suatu kekuatan gelombang energi yang mampu menggoncangkan jin-jin di dalam bagian-bagian tubuh pasien itu dan sihir-sihir yang bersama jin-jin tsb. 

Gelombang energi positif dari al-Quran membuat jin dan sihir bergerak-gerak karena merasakan efeknya, sehingga otot-otot tubuh menjadi tegang, organ pencernaan mulai beraksi dengan gerakan peristaltik atau remasan yang bekebalikan dengan gerakan saat kita mencerna makanan.  Gerakan ini secara otomatis mendorong ke atas kearah tenggorokan. Kemudian jin-jin dan sihir itu ikut kedorong ke atas dan hingga keluar melalui mulut.   
Namun tidak mesti reaksi muntah itu selalunya dengan mual ataupun muntah. Terkadang dengan sendawa ataupun berkeringat ataupun melauli kotoran setelah diruqyah. 

Terkadang  jin-jin itu mampu melewati tenggorokan dan malah naik ke kepala atau otak. Maka jika mental pasien melemah, jin itu akan masuk ke alam bawah sadarnya dan menguasainya, hingga terjadilah yang disebut dengan kesurupan. 

{Buku Panduan Praktisi II. Ibnu Abdillah Al-Katibiy}

Saturday, 2 March 2024

Tanda-tanda terkena sihir

Menurut Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, makna sihir sebagai ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannnya.

Sihir ini mempunyai hakikat, di antaranya sehingga yang boleh membunuh (dengan izin Allah dan sampai ajalnya), sakit, mengakibatkan seorang suami tidak dapat mencampuri isterinya atau memisahkan pasangan suami isteri, atau membuat salah satu pihak membenci yang lainnya atau membuat kedua belah pihak saling mencintainya.

Itu semua terjadi dengan izin Allah sebagai ujian kepada hambanya melalui perbuatan sihir.

Tanda -tanda sihir terbahagi kepada dua iaitu semasa kita dalam keadaan sedar dan semasa kita tidur.

Tanda-tanda ini merupakan tanda-tanda umum orang yang kena sihir.

Adapun tanda-tanda khusus apa jenis sihir yang digunapakai oleh tukang sihir itu, InsyaAllah akan saya kongsikan dalam artikel yang akan datang.

Tanda-tanda umum waktu sedar adalah seperti berikut:

1. Sakit kepala yang tiada sebab medis (perubatan moden) dan biasanya ketika bangun dari tidur dan berlaku migrain;

2. Rambut luruh bukan kerana medis, terutama perempuan dan kadang-kadang rambut seperti diikat susah diurai;

3. Lebam biru atau merah di seluruh tubuh, atau di atas paha, bawah perut, atau lebam akan semakin banyak apabila tidur dalam keadaan marah atau sedih. Keadaan ini mirip seperti dicakar;

4. Haid tidak lancar atau keluar cairan yang berbau, terjadi pendarahan dan radang pada vagina (biasanya kerana sihir pemisah atau jin pencinta);

5. Ruam mirip cacar air ketika bangun tidur terutama di bahagian paha dalam, antara payudara dan punggung;

6. Sakit pada bahagian punggung terutama bahagian tulang punggung;

7. Mengalami penyakit medis yang mudah diubati tetapi tidak sembuh dengan ubat medis;

8. Kehilangan pancaindera penglihatan, berbicara dan penglihatan untuk sementara waktu;

9. Kejang atau kerasukan atau tidak sedarkan diri dengan syarat keadaan ini bukan disebabkan listrik pada otak;

10. Sesak pada dada, merasa tercekik tanpa sebab jelas khususnya menjelang waktu petang, ketika melihat orang tertentu, di tempat tertentu atau keadaan tertentu;

11. Menangis tanpa sedar terutama ketika bersendirian bersendirian di tempat sepi sehingga kadang-kadang berteriak secara histeria tanpa disedari;

12. Malas beribadah (Jin sihir membuat orang yang kena sihir malas beribadah supaya ia mudah dikuasai);

13. Timbul beberapa reaksi berkaitan waktu dan tempat seperti sakit kepala kalau nak ke sekolah, tempat kerja atau berhubungan intim;

14. Memiliki pancaindera ke enam seperti boleh tahu sesuatu akan berlaku, nampak sesuatu perkara ghaib yang orang lain tak nampak.

Tanda-tanda umum waktu tidur, adalah seperti berikut:

1. Sering mimpi berhubungan intim dengan mahramnya, dengan orang yang tidak dikenali, dengan orang yang dekat seperti suami, tunang, atau mimpi diperkosa, atau mimpi homoseksual atau lesbian yang mana terjadi antara tidur dan terjaga;

2. Seringkali mimpi binatang seperti ular, unta, kucing atau anjing;

3. Seringkali mimpi-mimpi yang menakutkan

4. Mimipi batiniyyah iaitu berasa duduk di suatu tempat dengan orang ramai dan merasakan kejadian tersebut pernah terjadi sebelumnya;

5. Berpeluh waktu tidur hingga susah tidur. Kita sudah berusaha untuk tidur tetapi susah sekali kecuali terlelap sesudah lama berusaha, lalu sebentar terbangun hingga menimbulkan rasa gelisah.

6. Mengaduh waktu tidur;

7. Berjalan waktu tidur;

8. Seringkali ketindihan kita melihat sesuatu yang berat menindih dan susah berbicara atau bergerak. Berteriak minta tolong, tapi tak seorang pun yang mendengarnya, berusaha untuk melepaskan diri, tapi tak boleh. Keadaan ini berlaku antara tidur dan terjaga.

9. Sering mimpi dikhianati seperti suami mimpi dikhianati isteri dan sebaliknya atau melihat salah satu pasangan telanjang di tengah orang ramai, atau suami melihat isteri disetubuhi orang lain di depannya dan sebaliknya.

10. Sering mimpi melakukan onani atau perempuan berhubungan intim sesama jenis atau perempuan memiliki alat kelamin laki-laki.

11. Seringkali mimpi dihalangi untuk sampai tujuan seperti tidak boleh jawab peperiksaan, padahal dah tak bersekolah, ingin keluar dari satu tempat tapi tak boleh, ketinggalan bas, kapal terbang dan tak sampai ke tempat tujuan.

12. Seringkali terlintas mahu melakukan ubungan intim dan perasaan itu susah ditahan.


Thursday, 29 February 2024

Ciri-ciri Sukma/jiwa hilang dari badan

1. Badan serasa melayang ketika berjalan, seperti tak menapak tanah
2. Mudah lupa 
3. Utk berfikir daya tangkapnya lambat 
4. Ketika tidur sering terkejut / tersentak secara tiba-tiba
5. Pandangan matanya kosong
6. Sering kemurungan 
7. Merasa ketakutan tanpa sebab 

Madu Ruqyah Ayatul Hirzi (khasiat,cara minum, testimoni,& cara pembeliannya)

Madu Ruqyah Ayat Hirzi – Herbal Sunnah & Ikhtiar Syari Deskripsi Sin...