Search This Blog

Sunday 29 October 2023

Nabi SAW pernah mengeluarkan jin dari badan pesakit tanpa doa dan tanpa baca ruqyah Ayat Qur'an

Di kisahkan , ketika Rasulullah SAW meruqyah sahabatnya yg bernama Utsman bin Abil Ash,ketika di tugaskan Rasulullah berdakwah di daerah tha'if,dia seringkali mengalami gangguan ketika solat iaitu seringkali lupa jumlah raka'at lalu dia datang menemui Rasulullah lalu menceritakan masalahnya.

Rasulullah SAW bersabda, "Itu adalah gangguan syaitan,mari dekat kepadaku!".
Saat dia mendekat dan duduk diatas kedua kakinya sendiri,Rasulullah memukul dadanya dengan tangannya serta meludahi mulutnya lalu membentak, "keluarlah wahai musuh Allah!" beliau mengulangi sampai tiga kali,kemudian bersabda, "Buatlah tugasmu!" setelah itu Utsman berkata: "Demi Allah,setelah itu saya tidak pernah terkena gangguan lagi".
(HR. Ibnu Majah dengan sanadnya yang Shahih,perawinya juga boleh dipercayai)

Nabi SAW menyebut "keluar wahai musuh Allah (ukhruj ya aduwallah ) itu bukan ruqyah,tapi hanya kata-kata perintah agar jin keluar dari badan, bukan ayat Qur'an, bukan doa. karena ruqyah itu adalah jampi atau bacaan yg berisi ayat Qur'an, atau doa' doa' kepada Allah , ini menunjukkan kaedah apapun boleh di gunakan asalkan jin keluar dari badan.

Kaedah Nabi dengan cara memukul dada ustman dan meludahi mulutnya itu juga tidak bisa di pakai pada semua pesakit, karena kalau pesakitnya perempuan, sedangkan peruqyah nya laki2, hal ini malah menimbulkan fitnah.

   Tidak ada nash dalil yang menyebutkan Nabi SAW mewajibkan kaedah yang pernah Nabi lakukan untuk mengeluarkan jin dari badan pesakit ,bahkan para sahabat ketika meruqyah juga tidak mengikut kaedah yang pernah di buat Nabi yaitu menepuk dada sambil berkata ukhruj ya aduwallah sambil meludahi mulut pesakit. Mengeluarkan jin dan sihir itu bukan ibadah, tapi hanya pengobatan, jadi caranya menurut ijtihad masing-masing ,jangan mudah menyalahkan kaedah orang lain.

Adapun kalau bacaannya atau ruqyahnya itu yang wajib syar'i ya'ni tidak ada unsur kesyirikannya. Sebagaimana dalam nash Hadist, 

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:

“Dari ‘Auf Ibn Malik, katanya: Dahulu kamu melakukan jampi di zaman jahiliah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Beliau bersabda: Perlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu itu. Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal-hal syirik.” (Hadith Riwayat Muslim)

Di Hadist ini Nabi hanya bersabda :" tunjukkan ruqyahmu (bacaan jampi kamu), bukan bersabda tunjukkan kaedah ruqyah mu, jadi selagi bacaan kita tidak mengandung unsur kesyirikan, maka di boleh kan.

Adakah peruqyah syar'iyyah yang suka menyalahkan kaedah perawat lain itu  menggunakan kaedah sama persis seperti yg di buat Nabi SAW dalam mengeluarkan jin yg ada di badan ustman dengan cara memukul dada dan menyemburkan ludah di mulut setiap pesakit baik laki-laki maupun perempuan?

Rawatan mengeluarkan jin itu termasuk pengobatan, bukan termasuk bab agama.ada banyak kaedah yg boleh di gunakan. Nabi SAW datang untuk membawa agama dan menyebarkan agama, bukan untuk membuka pusat rawatan dan mengajarkan kaedah2 tertentu untuk mengeluarkan jin dari badan , dan tidak mewajibkan menggunakan kaedah yg pernah di buat Nabi SAW, krna para sahabat pun ketika meruqyah juga tidak menggunakan kaedah yg sama persis seperti yang Nabi SAW pernah lakukan. 

No comments:

Post a Comment

Penyebab orang yang di ruqyah jadi muntah bahkan kesurupan

Tanya : Kenapa orang yang diruqyah selalu muntah dan orang diruqyah kenapa jadi kesurupan? Jawab : Mual dan muntah adalah salah satu reaksi ...