Search This Blog

Thursday 2 November 2023

RAHSIA SEDEKAH - MENYEMBUHKAN PENYAKIT

RAHSIA SEDEKAH - MENYEMBUHKAN PENYAKIT
.
.
.
SETIAP penyakit ada ubatnya. Jika satu-satu penyakit tidak sembuh juga, walaupun sudah berikhtiar berubat ke mana-mana dan dengan berbagai macam ubat, maka kemungkinan ubat penyembuh belum bertemu   - hakikatnya ialah Allah belum lagi mengizinkan untuk sembuh. 
.
.
Dalam mengubati penyakit secara umum ada dua cara, yakni ikhtiar dan doa. Ikhtiar dilakukan dengan berubat dengan doktor, meminum atau memakan ubatnya, lalu disempurnakan dengan doa.
.
.
.
Namun belum banyak yang menyedari bahawa salah satu ubat mujarab – sebut saja ‘ubat ekstra’— bagi sesuatu penyakit adalah sedekah, sebagaimana hadis menyebut: “ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan bersedekah” 
.
.
Mafhum hadis yang lain : 

Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan BERSEDEKAH dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana. (Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

Dengan demikian, bersedekahlah, selain akan membuat harta kita berkat dan bermanfaat, ianya juga boleh menjadi wasilah datangnya kesembuhan dari Allah S.W.T atas penyakit yang diderita.
.
.
.
Syaikh Sulaiman Bin Abdul Karim Al-Mufarrij sebagaimana dikutip Al-Sofwah berkata:

“Wahai saudaraku yang sedang sakit, sedekah yang dimaksudkan dalam hadits ini adalah sedekah yang diniatkan untuk memperoleh kesembuhan. Boleh jadi, Anda telah banyak melakukan sedekah, tetapi hal itu tidak Anda lakukan dengan niat untuk mendapatkan kesembuhan dari Allah S.W.T.

Oleh kerana itu, lakukan sekarang dan lahirkan kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah S.W.T akan menyembuhkan penyakit Anda. 

Isilah perut para fakir miskin hingga kenyang, atau santunilah anak yatim, atau wakafkanlah harta anda, atau melakukan sedekah jariah, kerana sesungguhnya sedekah itu dapat mengangkat dan menghilangkan berbagai macam penyakit dan berbagai macam musibah dan cubaan…

Wahai saudaraku yang sedang sakit, janganlah anda bakhil terhadap diri anda sendiri. Sekaranglah waktunya untuk sedekah” (Shifatun ‘Ilaajiyyah Tuzilu Al-Amraadh bi Al-Kulliyyah).
.
.
.
Maka daripada kaedah ini, ingin saya menyarankan agar kita mengubah sedikit kaedah "hadiah" yang selalu kita berikan kepada perawat selepas habis sesi pengubatan. 
.
.
Sebaliknya diberikan SEDEKAH pada perawat / pusat pengubatan, SEBELUM LAGI memulakan sesi pengubatan. Dan ketika berikan sedekah ini, diniatkan untuk kesembuhan ! 
.
.
Semoga Allah kurniakan kebaikan dan kesihatan kepada kita semua, InsyAllah... ! 
.
.

No comments:

Post a Comment

Penyebab orang yang di ruqyah jadi muntah bahkan kesurupan

Tanya : Kenapa orang yang diruqyah selalu muntah dan orang diruqyah kenapa jadi kesurupan? Jawab : Mual dan muntah adalah salah satu reaksi ...